3 Warga Asing Antara 16 Ditahan Leka Sabung Ayam Di Felda Gugusan Adela

0
77

KOTA TINGGI, 9 Oktober- Polis Kota Tinggi menahan 16 lelaki termasuk tiga warga asing disyaki terlibat kegiatan judi sabung ayam di Felda Gugusan Adela, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Nik Azahan Nik Aziz berkata, serbuan dilakukan pada pukul 12.00 tengah hari membabitkan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Tinggi.

Beliau berkata, 13 lelaki tempatan serta tiga lelaki warga asing yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 60 tahun telah ditahan.

“Menerusi serbuan tersebut, pihak polis merampas lapan ekor ayam jantan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi laga ayam gelanggang.

“Turut dirampas, peralatan laga ayam serta wang tunai berjumlah RM5473.00.

Jelas Nik Azahan, hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati dua orang daripadanya positif dadah methamphetamin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(1)(a) dan 32 (2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.

Nik Azahan berkata, permohonan reman ke atas semua suspek dibacakan di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini.

Beliau turut memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian seumpamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here