Sunday, November 10, 2024
HomeBERITA21 Pengikut Syiah Ditahan JHEAIK dalam Serbuan di Pendang

21 Pengikut Syiah Ditahan JHEAIK dalam Serbuan di Pendang

ALOR SETAR – Seramai 21 individu disyaki pengikut Syiah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) kerana dipercayai menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dalam serbuan di sebuah rumah di Pendang pada Selasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Kedah, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, penahanan membabitkan enam lelaki, sembilan perempuan dan enam lagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga 77 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan pegawai penguatkuasa agama JHEAIK turut merampas kitab-kitab dan barangan yang dikaitkan dengan ajaran tersebut.

“JHEAIK telah menerima maklumat bahawa terdapat pengikut Syiah akan berkumpul bagi memperingati Maulid Imam Syiah Ke-11, Imam Hasan Al-Askari.

“Pertemuan diadakan bertempat di sebuah rumah individu yang dikatakan sebagai ketua Syiah di Kedah di Mukim Tobiar, Pendang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, JHEAIK bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Operasi Khas Syiah pada jam 9.50 malam.

Jelas beliau, kesemua mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Pendang untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama serta penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.

Berdasarkan rekod, pada 15 Jun 2014, ajaran dan fahaman Syiah telah diwartakan bercanggah dan menyeleweng dari ajaran pegangan ASWJ yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES