Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITA21 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang Akibat Kebakaran

21 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang Akibat Kebakaran

GEORGE TOWN – Kira-kira 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh buah rumah yang mereka diami di Estet Hong Seng, Jalan Mount Erskine di sini musnah terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang tadi, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kebakaran itu.

“Apabila pasukan bomba dan tiba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran melibatkan tujuh unit rumah teres (kelas B).

“Anggaran peratusan kebakaran pada ketika ini adalah 80 peratus hingga 40 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya di sini malam tadi.

Menurutnya, kebakaran telah dapat dipadamkan dan seterusnya menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

“Operasi tamat sepenuhnya dan pasukan bomba menyerahkan kes kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, kebakaran itu membabitkan seramai 21 mangsa.

“Pada malam ini, seramai empat keluarga ditempatkan buat sementara di PPR McCallum, satu lagi keluarga akan ditempatkan di PPR Padang Tembak esok.

“Saya akan melawat keluarga yang berpindah ke PPR Macallum esok,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES