Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN2025 Buka Lembaran Baharu Kaka Azraff

2025 Buka Lembaran Baharu Kaka Azraff

SETAHUN bersendirian mengemudi perjalanan karier seninya tanpa dinaungi oleh mana-mana syarikat rakaman selepas ‘bebas’ daripada Warner Music Malaysia pada Disember 2023, penyanyi, Kaka Azraff semakin yakin mengatur rentak kerjayanya.

Mengakui langkah itu bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi lebih sedekad diuruskan oleh syarikat label, pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff ini memanfaatkan pengalaman sepanjang bergelar anak seni sebagai bekal untuk bergerak sendiri.

Kata anak saudara ratu rock negara Ella ini, 2024 begitu menguji kesabarannya dalam mendepani liku hidup sebagai seorang ibu, anak dan juga artis.

Selain kehilangan ibu yang menjadi pencetus semangat beliau, pelantun lagu popular Bawaku Pergi ini turut mengharungi keruntuhan rumah tangga pada Oktober lalu, namun kata Kaka, semua itu bukan hanya mematangkan beliau tetapi juga mendorongnya untuk lebih mengenali diri.

“2024 mengajar saya banyak benda, membuka mata dan hati saya, bukan sahaja dari segi karier tetapi juga sebagai anak yang kehilangan ibu dan adik kehilangan kakak,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran jenama pakaian RockQueen yang diusahakan oleh Ella, di sini baru-baru ini.

“Semua itu sebenarnya menguatkan saya, jadi untuk 2025, saya lebih bersedia menjalani kehidupan dengan lebih yakin,” tambahnya.

Meluahkan rasa syukur kerana sentiasa dikelilingi oleh keluarga termasuk Ella dan Jojie, yang memberinya semangat tatkala berdepan detik sukar sepanjang 2024, Kaka, 35, mengakui tidak sabar untuk menempuh tahun baharu yang dirasakan bakal membawa aura positif buat dirinya.

Sementelah, pelantun lagu Hilang ini akan mengeluarkan single pertama yang diterbitkan di bawah pengurusan sendiri AAA Entertainment pada tahun ini.

Sumber – SINAR HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

ACLE: JDT Cuma Perlu Elak Kekalahan

0
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tetap mahu memburu kemenangan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) menentang...

CATEGORIES