15 Terbunuh, Puting Beliung Landa Amerika

0
52
Foto: Kosmo

WASHINGTON  – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di bahagian tengah Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut ekstrem lain menghentam beberapa negeri termasuk Texas, Arkansas serta Oklahoma, kata beberapa pegawai semalam.

Mereka berkata, usaha menyelamat diteruskan, manakala  beratus-ratus ribu penduduk terputus bekalan elektrik selepas bencana alam itu membadai kawasan Tanah Pamah Selatan bermula lewat kelmarin.

Di Texas, Syerif Cooke County, Ray Sappington memberitahu bahawa tujuh orang terkorban selepas puting beliung melanggar kawasan Valley View, utara bandar raya Dallas.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya.

Gabenor Texas, Gregg Abbott menandatangani dekri untuk empat county bagi membolehkan dana kewangan dan kakitangan kerajaan membantu penduduk yang rumah mereka sama ada musnah atau rosak.

Ribut itu memusnahkan sejumlah kediaman, sebuah stesen petrol dan menterbalikkan kenderaan di sebuah lebuh raya rentas negeri.

Di Oklahoma pula, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh akibat puting beliung di Mayes County lewat kelmarin, manakala di negeri Arkansas, lima orang terkorban dalam ribut awal pagi semalam, kata pihak berkuasa.

Satu lagi kematian dilaporkan di bandar Louisville dalam negeri Kentucky, kata Datuk Bandar Craig Greenberg. – AFP

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here