15 Lagu Terpilih Rebut Gelaran Juara Anugerah Lagu Indie 2023

750
1670

23 Februari 2024 – Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai
penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis
Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix.

Foto: Medialah

Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten
memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia.

Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.

Foto: Medialah

Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional.

Foto: Medialah

Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.

Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahun ini, kami
telah menerima 626 buah lagu dan lebih 11 ribu undian awam merentasi kategori genre
telah diterima oleh #ALI2023 pada tahun ini.

Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi.Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti.”

Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie berkata,
“Lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai Finalis Anugerah Lagu Indie telah dipilih
berdasarkan aspek kualiti lagu. Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli.

Foto: Medialah

Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yangdiberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di
anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.”

Anugerah Lagu Indie 2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9;

Rakan-rakan Media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Medialah!, Media Variasi, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo.

Foto: Medialah

Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube
Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

 

750 COMMENTS

  1. Ace of Base — шведская поп-группа, образованная в 1990 году. Их музыкальный стиль сочетает в себе элементы поп-музыки, дэнса и электроники. Группа стала популярной благодаря хитам “All That She Wants”, “The Sign”, “Don’t Turn Around” и “Beautiful Life”. Эти композиции не только покорили чарты во многих странах мира, но и остаются классикой жанра до сих пор. Ace of Base оставили неизгладимый след в истории поп-музыки, их мелодии до сих пор радуют слушателей по всему миру. Скачать музыку 2024 года и слушать онлайн бесплатно mp3.