NEW DELHI, 5 Okt (Bernama-dpa) — Sekurang-kurangnya 14 orang maut manakala lebih 100 lagi hilang selepas banjir kilat melanda India, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut Bernama, empat belas jambatan rosak terk atau runtuh, dan beberapa perkampungan turut dinaiki air, menurut media India pada Khamis, memetik maklumat daripada pihak berkuasa.
Lebuh raya rosak dan rangkaian mudah alih terganggu di bahagian neger timur laut di Sikkim.
Operasi menyelamat diteruskan.
Tentera berkata bahawa seorang daripada 23 orang vang sebelum hilang telah ditemui hidup.
Hujan lebat berterusan sejak lewat Rabu mengakibatkan paras air sungai Testa meningkat secara mendadak, nyata Bernama
Pihak berkuasa Sikkim mengggesa penduduk supaya tidak menghampiri sungai berkenaan. Sekolah akan ditutup sehingga akhir minggu ini, lapor media tempatan.
Sumber: Bernama