Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARA100 Doktor Israel Gesa Bom Hospital, Tuduh Hamas Bersarang Disitu

100 Doktor Israel Gesa Bom Hospital, Tuduh Hamas Bersarang Disitu

TEL AVIV: Kira-kira 100 doktor Israel telah menandatangani surat terbuka menyeru tentera mengebom hospital di Genting Gaza dengan menuduh ia adalah infrastruktur yang digunakan pejuang Hamas.

Surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu menyatakan adalah wajar bagi mengebom hospital kerana penduduk Gaza membiarkan ia dijadikan sarang pengganas.

Menurut Sinar Harian, isi kandungan surat itu juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan pihak tentera menyasarkan hospital di seluruh Gaza.

“Merekalah (penduduk Gaza) yang membawa kemusnahan ke atas diri mereka sendiri,” menurut isi kandungan tersebut.

Surat tersebut mendapat kecaman meluas selepas ia disiarkan di platform X.

Sejak kitaran keganasan tercetus pada 7 Oktober lalu, Israel telah berulang kali mengebom hospital di wilayah Palestin yang dikepung.

Paling diingati, Israel mengebom Hospital Al-Ahli di utara Gaza sehingga meragut hampir 500 nyawa termasuk pesakit dan orang awam.

Selain hospital, Israel turut menyasarkan ambulans yang membawa penduduk Gaza yang cedera selepas kediaman mereka dibedil, lapor Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jemput Profesor Pro-Israel, UM Diminta Perjelas Serta Merta !

0
Kuala Lumpur: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta penjelasan pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan membenarkan profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah...

CATEGORIES